Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

ZON IKLIM DUNIA

-Terbahagi kepada tiga zon iaitu Zon Panas, Zon Sederhana dan Zon Sejuk.

-Zon Panas : Kawasan ini terletak di antara 30o Utara hingga 30o Selatan.

-Zon Sederhana : Meliputi kawasan 30o Utara Hingga 65o Utara dan 30o Selatan hingga 65o Selatan.

-Zon Sejuk : Meliputi kawasan antara garis lintang 65o Utara hingga 90o Utara dan 65o Selatan Hingga 90o Selatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    CARA HIDUP MANUSIA DI GURUN THAR

1. Penduduk jarang di Gurun Thar kerana iklim yang melampau

2. Sesetengah penduduk berpindah randah atau nomad manakala yang lain tinggal tetap di kawasan oasis.

3. Pekerjaan utama penduduk nomad adalah menternak dan memburu binatang.

4. Binatang ternakan yang dipelihara ialah kambing, lembu, unta, keldai dan biri-biri.

5. Mereka berpindah randah ke kawasan lain mencari rumput dan air.

6. Binatang ternakan menghasilkan daging, kulit, bulu dan susu. Bulu biri-biri dijadikan permaidani dan kulit dibuat khemah

7. Ternakan dijual kepada orang tengah di pekan berhampiran.

8. Unta dan kaldai menjadi binatang tunggangan dan pengangkutan utama di padang pasir.

9. Kegiatan pertanian terhad kerana iklimnya panas, kekurangan sumber air dan tanih pasir tidak subur.

10. Pertanian dijalankan di kawasan oasis secara kecil-kecilan seperti menanam kurma, buah-buahan dan sayur-sayuran.

11. Penduduk tetap pula tinggal berkelompok di kawasan oaisis. Rumah-rumah dibina daripada tanah liat yang tebal bertujuan untuk menyederhanakan suhu yang melampau.

12. Kawasan oasis penting kerana : (a) menjadi pusat petempatan penduduk. (b) membekalkan air minuman (c) sumber air mengairi tanaman (d) kawasan pertanian.

 

 CARA HIDUP MANUSIA DI GREENLAND              

 

1. Orang Eskimo di Greenland tinggal di dalam kelompok kecil yang berselerak kerana sumber makanan yang terhad.

2. Kegiatan ekonomi utama ialah menangkap ikan dan memburu binatang.

3. Ikan dan daging menjadi sumber makanan utama penduduk. Mereka menangkap ikan kod, salmaon, hering dan haddock.

4. Pada musim sejuk orang Eskimo berpindah dari kawasan pedalam ke kawasan pinggir laut dan tasik.

5. Mereka membina igloo berbentuk separa kubah daripada potongan blok-blok ais sebagai tempat tinggal sepanjang musim sejuk.

6. Lembing dan tombak harpon digunakan untuk menangkap ikan, ikan paus, anjing laut dan serigala laut.

7. Mereka menggunakan andur salji yang ditarik oleh anjing huski dipermukaan salji sebagai kenderaan utama.

8. Pada musim panas, orang Eskimo berpindah ke kawasan pedalaman dan tinggal di dalam tupik iaitu khemah yang diperbuat daripada kulit binatang.

9. Mereka menggunakan kayak iaitu sampan kecil diperbuat daripada kulit binatang. Sampan yang lebih besar untuk ke laut dinamakan umiak.

10. Orang Eskimo juga memburu binatang seperti beruang kutub, karibu dan anjing liar, anjing laut dan serigala laut. hasil buruan membekalkan daging, lemak dan kulit.

11.Kulit binatang digunakan membuat kayak, khemah dan pakaian manakala tulang pula dijadikan rangka khemah dan kayak.

12. Lemak binatang dijadikan sumber tenaga, menyalakan pelita dan memanaskan iglu.

13. Kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan  kerana iklim yang melampau.

14. Kemajuan telah mengubah cara hidup orang Eskimo. Mereka menggunakan senapang dan kereta salji berenjin untuk memburu binatang.

15. Mereka menternak karibu untuk mendapatkan daging, kulit dan bulunya.

16. Orang Eskimo telah membuat petempatan tetap yang telah dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti elektrik dan air. Mereka juga telah bekerja tetap dalam sektor    

      perlombongan, perniagaan dan penternakan.

 

 CARA HIDUP MANUSIA DI SIBERIA, RUSIA            

1. Kepadatan penduduk kurang di Siberia, Rusia kerana iklimnya yang melampau.

2. Kegiatan pembalakan merupakan kegiatan ekonomi utama kerana Siberia ditumbuhi hutan pokok tirus atau hutan konifer paling luas di dunia juga dikenali  sebagai hutan taiga

    bekalan industri palpa dan kertas.

3. Pokok tirus yang terdapat adalah jenis pain, larch, fir dan spruce.

4. Kegiatan menebang pokok dijalankan pada musim sejuk kerana : (A) Getah pokok membeku akan memudahkan kerja menebang.

   (B) Pokok yang ditebang mudah diheret kerana tanah beku dan licin.  (C) Ramai pekerja sambilan.

5. Penternakan lembu daging dan tenusu turut diusahakan di kawasan padang ragut secara "pindah ternak:.

6. Pada musim dingin yang bersalji lembu diberi makan dalamm kandang dan dilepaskan meragut di padang pada musim panas.

7. Kegiatan memburu dan menjerat binatang seperti rubah putih, mink dan tikus kasturi dijalankan pada musim sejuk untuk mendapatkan bulu dan kulit.

8. Kegiatan pertanian terhad di Siberia disebabkan faktor : (a) Iklim yang sejuk. (b) Tanihnya tidak subur kerana nipis.

9. Pertanian campur dijalankan pada musim panas yang singkat secara giat seperti penternakan ayam itik, menanam kentang, kekacang dan sebagainya.